Mempunyai sikap yang rendah diri kerana sering dilihat menjalani hidup seperti orang biasa serta mempunyai latar belakang pendidikan yang hebat, ramai yang sering memuji keluarga diraja ini iaitu Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang merupakan Sultan bagi negeri Perak.
Baginda sebelum ini amat terkenal kerana sering menunjukkan sikap keprihatinan yang mendalam terhadap rakyat dan juga terlibat dalam pelbagai kegiatan kebajikan bagi membantu rakyat yang memerlukan.

