
KUANTAN: Siasatan awal mendapati terdapat resapan air bawah tanah yang menyebabkan runtuhan cerun tambak hingga berlaku rekahan di permukaan jalan di Kilometer (KM) 118.2 hingga KM117.8 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) arah barat di Temerloh, dekat sini.
Pengendali lebuh raya itu, Anih Berhad dalam kenyataan hari ini bagaimanapun memaklumkan pihaknya bersama perunding sedang menjalankan kajian terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian di tapak projek tebatan banjir yang sedang dilaksanakan di lokasi tersebut.
“Setakat ini, tiada pergerakan baharu yang direkodkan di kawasan kejadian namun, pihak syarikat dengan kerjasama kontraktor telah menempatkan penanda enapan bagi meneruskan pemantauan keadaan semasa.
“Kerja pembaikan akan dilaksanakan segera oleh kontraktor setelah penyiasatan tapak secara…