Ramadan tiba, Ramadan tiba! Diam tak diam, pada 27 April 2020 genap Ramadan yang ketiga bagi umat Islam menunaikan ibadah berpuasa.
Namun, puasa kali ini berbeza dengan tahun sebelumnya, susulan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.
Jadi, tiadalah istilah solat sunat tarawikh dan bazar Ramadan yang pada kebiasaannya menjadi kunjungan utama rakyat Malaysia pada sebelah petang. Bermaksud, tiada jugalah juadah-juadah yang sukar diperoleh pada hari biasa dan hanya ada pada bulan yang mulia ini sahaja.
Jangan risau, duduk di rumah pun sebenarnya boleh makan makanan yang diperoleh daripada bazar. Jom cuba resepi-resepi di bawah:-
1. AIR KATIRA

Bahan-Bahannya:-
- Pewarna minuman berperisa TEBU
- Susu pekat manis
- Chia seed / biji selasih
- Cincau
Cara-Cara:-
- Mula-mula, masukkan perasa ikut banyak mana bancuhan.
- Seterusnya masukkan cincau.
- Tambahkan chia seed. Kalau ada biji selasih, bolehlah gunakan biji selasih.
- Masukkan susu pekat manis sesedap rasa.
- Akhir sekali masukkanlah air kosong dan ais.
2. TEPUNG PELITA
Bahan-Bahan Lapisan Hijau:
- 1/2 cawan tepung beras
- Secubit kapur makan
- 2 cawan air daun pandan
Cara-Cara:
- Kisar 4-5 helai daun pandan untuk dijadikan air daun pandan secukupnya. Campur kesemua bahan untuk lapisan hijau. Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih.
- Susun bekas daun pisang dalam periuk pengukus. Isikan satu sudu kecil gula ke dalam bekas kemudian baru dituangkan campuran tadi sebanyak 1/3 penuh.
- Kukus selama 15 minit. Setelah masak, tuangkan pula adunan lapisan atas di atasnya.
Bahan-Bahan Lapisan Santan
- 1/2 cawan tepung beras
- 2 1/2 cawan santan
- Secubit garam
Cara-Cara:
- Satukan semua bahan di atas dan masak atas dapur sambil dikacau sehingga keluar wap. Tuang ke atas lapisan hijau tadi dan kukus dalam 10 minit.
3. APAM MEKAR
Bahan-Bahan
- 3 biji telur.
- 2 cawan gula halus.
- 1 sudu besar ovallete.
- 1 sudu kecil esen vanilla.
- 3 cawan tepung gandum.
- 1 cawan ais krim soda.
Cara Membuat :
- Mula-mula pukul telur, gula, ovallete dan juga esen vanilla sehingga kembang dan gebu.
- Kemudian masukkan tepung gandum dan ais krim soda. Pukul rata.
- Tuangkan dalam acuan.
- Kukus dengan api kuat selama 10-15 minit. Siap
4. BUBUR LAMBUK
Bahan-Bahan
- Dua pot beras yang dicuci dan rendam 15 minit
- Daging tetel
- Kentang
- Lobak Merak
- Bawang besar
- Bawang putih
- Halia
- Lada hitam halus setengah camca
- Kiub pati ayam dua kiub
- Sepaket rempah sup
- Sepaket kecil bawang goreng
- Daun sup dan daun bawang
- Sekotak kecil santan kara
Cara-Caranya:
- Kisar bawang-bawang dan halia. Panaskan minyak dua sudu dan tumis sampai naik bau
- Masuk rempah sup dan tumis sekali
- Masuk daging tetel, balik-balikkan
- Masuk beras tadi, balik-balikkan. Jangan letak air dulu.
- Baru masuk air, sukat untuk sampai masak bubur kita dan masuk carrot dan kentang sekali.
- Bila dh 3/4 masak, masuk sekotak santan kara
- Masuk garam secukup rasa, lada hitam halus setengah camca dan kalau ada kiub pati ayam tu masuk masa ni.
- Tabur bawang goreng
5. LOMPAT TIKAM
Bahan-Bahan Lapisan Hijau:
- 2 cawan tepung beras
- 3 cawan air
- 1 cawan air daun pandan
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil air kapur
Bahan-Bahan Lapisan Putih:
- 1 senduk leper tepung beras (sukatan menggunung)
- 2 cawan santan
- 1/2 cawan air
- 1/4 sudu kecil garam
Bahan-Bahan Pulut Merah
- 1 cawan pulut – rendam terlebih dahulu
- Santan cair secukupnya
- Garam secukupnya
- Sedikit pewarna merah
Bahan-Bahan Air Gula Melaka:
- 1 keping gula melaka
- Air secukupnya
- 1 helai daun pandan
Cara-Cara Lapisan Hijau
- Gaul rata semua bahan lapisan hijau dalam mangkuk dan tapis. Kecairan mestilah bila senduk kayu diangkat tinggi, ianya mengalir laju dan tak melekat di senduk.
- Masakkan adunan ini ke dalam kuali tembaga (jika ada) dan kacau atas api yang sederhana sehingga menggelegak.
- Mula mula saya kacau dengan whisk, lagi mudah. Lepas dah mengeras, baru guna senduk kayu.
- Terus dikacau sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat serta menggelembung. Masukkan ke dalam loyang dan disejukkan.
Cara-Cara Lapisan Putih:
- Satukan semua bahan lapisan putih dalam mangkuk dan tapis. Masak atas api sederhana dengan sentiasa dikacau dengan whisk sehingga mendidih dalam 15-20 minit.
- Apabila adunan menjadi pekat dan berkilat masukkan ke dalam bekas dan sejukkan.
Cara Pulut Merah:
- Panaskan periuk pengukus dan kukus beras pulut selama 10-15 minit.
- Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk. Tuangkan santan cair yang telah dicampur dengan garam halus, agak agak sehingga pulut menjadi lembut. Masukkan dalam pengukus dan kukus sekali lagi dalam 10 minit. Buka penutup dan dibalik balikkan pulut supaya masak rata.
- Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk dan dikacau rata. Taburkan sedikit gula bagi menjadikan pulut berkilat dan bersinar. Siap untuk dihidangkan.
Cara Air Gula Melaka:
- Masak gula melaka dengan air dan daun pandan hingga hancur dan mendidih. Tapis dan sejukkan.
Cara Menghidang:
- Potong lapisan hijau dan masukkan ke dalam pinggan. Masukkan juga sedikit pulut.
- Kemudian sendukkan lapisan putih ke atasnya. Akhir sekali, tuang air gula melaka.