Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Resepsi Janna Nick & Dini Schatzmann Berjalan Lancar, Tapi Ada Netizen Komen: “Segan Tengok Ustaz Wadi Baca Doa Di…”

today12 June 2023

Background

Pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann telah selamat melangsungkan perkahwinannya dalam satu majlis tertutup, pagi semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Teka-Teki Terjawab! Janna Nick Sah Jadi Isteri Dini Schatzmann

Selepas majlis pernikahan, mereka mengadakan majlis resepsi yang dihadiri ramai rakan artis seperti Izzue Islam, Nora Danish, Ain Edruce, Puteri Sarah Liyana, Nadia Brian, Mawar Rashid, Dayah Bakar, Nabila Razali, Ustaz Wadi Annuar dan ramai lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Apa yang lebih menarik perhatian dalam kalangan netizen apabila kehadiran Ustaz Wadi yang membacakan doa di majlis resepsi terbabit.

@affendyjailani #jannanick #jannanickerfans #dinischatzmann #jannakahwin #jannanicknikal #fyp #fypindonesia ♬ original sound – Affendy Jailani

Menerusi video tersebut, rata-rata warga maya berasa segan melihat pakaian Janna Nick serta rakan artis yang lain tidak menutup aurat di hadapan agamawan tersebut.

“Ustaz Wadi ada kat situ, kalau aku jadi pengantin, aku yang segan. Ustaz Wadi mesti pening tu. Mengucap je dia dalam hati,” komen netizen.

Written by: Salma


Previous post