Site icon Hot FM

Restoran Di Klang Dapat Pujian Ramai, Beri Makanan Percuma Untuk Individu Yang Memerlukan


Menerusi posting tersebut, kelihatan sebuah restoran di Klang, Choon Guan Hainan Coffee 1956, menjadi tular selepas restoran itu membuat inisiatif dengan memberi makan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Difahamkan, posting berkenaan telah dikongsikan oleh pemilik kedai sendiri menerusi group di Facebook MERU KLANG RESIDENTS OFFICIAL untuk berkongsi inisiatif restorannya.

Dengan bantuan ini, dia berharap dapat sedikit sebanyak membantu golongan kurang berkemampuan menikmati hidangan mereka.

“Kami memahami bahawa kadang-kadang kehidupan boleh menjadi mencabar.

“Jika anda lapar dan tiada wang, makanan ini telah dibayar terlebih dahulu untuk anda.

“Kami di sini untuk menyokong komuniti kita, kerana tiada sesiapa harus kelaparan,” tulisnya.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version