Menerusi posting yang dikongsi di akaun Instagram @botaknasilemak, kelihatan restoran itu memuat naik gambar pelanggan berkenaan yang diambil melalui kamera litar tertutup (CCTV).
Difahamkan, pelanggan tersebut tersilap membuat pembayaran melalui kod QR. Harga makanan mereka sebenarnya adalah RM26.60, tetapi pelanggan itu membayar sebanyak RM2,660.