Charles Santiago berkata, ia bertujuan menggambarkan perdana menteri sebagai tidak mampu melindungi Islam dan hak orang Melayu Islam.

PETALING JAYA: Seorang bekas Ahli Parlimen berkata, peningkatan retorik agama baru-baru ini adalah “helah untuk keuntungan politik”, bertujuan menggulingkan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.
Retorik sebegitu juga bertujuan menggambarkan pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sebagai tidak mampu melindungi Islam dan hak orang Melayu Islam, kata Charles Santiago.
“Kerajaan sekarang tidak sempurna, tetapi Anwar adalah pilihan yang lebih baik (berbanding pembangkang),” kata bekas Ahli Parlimen Klang itu dalam kenyataan.
“Jadi marilah kita bersama-sama sebagai rakyat Malaysia menolak penggunaan kepercayaan agama untuk memanipulasi, mengawal dan menguasai kita menerusi ketakutan.”
Santiago berkata, penganut Kristian sekali…