Johor Darul Ta’zim (JDT) menyerap tekanan hebat dengan baik untuk menundukkan pencabar utama, Pahang Rangers 7-6 dalam kempen Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2025 pada aksi ke-10 yang berlangsung di Kompleks SUKPA, sebentar tadi.
Jumlah jaringan yang dihasilkan sudah cukup untuk menceritakan bahawa aksi cukup menarik disajikan kedua-dua pasukan dengan saling kejar-mengejar gol.
Pemain lincah JDT, Mohd Ridzwan Bakri nyata mencuri tumpuan pada perlawanan ini…