Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Riena Diana Gemuruh Beraksi Bersama Keith Foo Dalam Salju Rindu Di Bumi Auckland

today4 October 2024

Background

Pelakon, Riena Diana mengakui gementar pertama kali bergandingan dengan aktor, Keith Foo dalam drama terbitan TonTon Original Series, Salju Rindu Di Bumi Auckland.

Namun begitu, Riena bersyukur apabila dia dan Keith mudah untuk mendapatkan keserasaian sepanjang menjalani penggambaran drama 28 episode ini.

“Saya gementar masa dapat tahu hero drama ini adalah Keith Foo, hari pertama dan kedua penggambaran gementar sangat. Saya rasa saya tak buat yang terbaik, pengarah pun suruh saya letak usaha untuk dapatkan keserasian dengan Keith.

“Saya pemalu, jadi Keith yang banyak bercakap dengan saya… Awal-awal gementar, tapi lama-lama okay,” katanya.

Ketika ditemui XTRA, Riena berkata antara cabaran paling utama untuk menjayakan watak berat dalam drama tersebut adalah dia sukar menangis.

“Ini pertama kali saya bawa watak utama yang sangat berat, setiap hari kena menangis. Pada awalnya agak mencabar, saya memang tak boleh menangis langsung. Tetapi Alhamdulillah, lama kelamaan dengan bantuan semua orang di set penggambaran dan pengarah yang memberi sokongan, saya berjaya.

“Keith ada dengan saya dari awal sampai habis, dia tahu dan nampak macam mana saya tertekan di set. Masa awal penggambaran saya mesej dia minta maaf ambil masa dia yang lama sebab dah jam satu dua pagi saya masih tak boleh menangis,” katanya lagi.

Riena Diana

Sementara itu, kekasih hatinya, Keith pula berpendapat bahawa Riena telah melakukan yang terbaik sepanjang menjalani penggambaran drama tersebut.

Keith berkata Riena seorang aktres yang sangat komited dan bersungguh-sungguh memahami wataknya.

“Dia banyak buat research dan tulis nota di skrip untuk dia memahami aliran wataknya dari satu episod ke episod lain,” katanya.

Riena Diana

Pasangan sejoli ini berkata demikian ketika ditemui usai mempromosikan drama lakonan terbaharu mereka berjudul Salju Rindu Di Bumi Auckland yang kini sedang disiarkan di Tonton.

Tonton Original Series membawakan kepada anda sebuah drama bersiri yang pasti akan mencuri hati penonton, Salju Rindu di Bumi Auckland, yang menampilkan gandingan mantap dua bintang hangat, Riena Diana dan Keith Foo.

Drama penuh emosi ini berlatarbelakangkan keindahan bumi Auckland, mengisahkan tentang kekeluargaan, cinta, dan juga penebusan. Drama ini merupakan hasil terbitan Global Station yang diarahkan oleh Riza Baharudin.

Saksikan Tonton Original Series: Salju Rindu di Bumi Auckland secara eksklusif di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton setiap Isnin hingga Khamis, mulai 16 September 2024 hingga 31 Oktober 2024!

Artikel Berkaitan: Walau Diliputi Salju, Kasih Riena Diana & Keith Foo Terus Mekar Di Bumi Auckland

Artikel Berkaitan: Nabil Aqil Idam Anugerah Pelakon Lelaki Popular, Mahu Bawa Watak Lelaki Alami Depresi – “We Can Always Start Slow”

Written by: Aqilah


Previous post