Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna bernama @drmegatms, kelihatan lelaki itu sedang menjala ikan di sebuah jalan raya yang ditenggelami air.
Apa yang mengejutkan adalah ternyata jala yang dilemparnya itu dipenuhi dengan ikan-ikan sebaik saja dia menariknya.Â
Perkara itu membuatkan si perakam video turut teruja lalu berjalan mendekatinya. Lebih melucukan lagi, dia sempat bergurau meminta sedikit ikan itu daripada lelaki berkenaan.Â