
KUALA LUMPUR: Aset KWSP tidak terjejas dengan prestasi lemah ringgit kerana ia sangat pelbagai, kata CEO Ahmad Zulqarnain Onn.
“Strategi kami turut didorong peruntukan aset dan kepelbagaian. Jika anda lihat portfolio kami, ia sangat pelbagai. Ia tersebar di seluruh dunia,” katanya dalam sidang media selepas pengumuman prestasi dan dividen KWSP bagi tahun kewangan 2023.
Beliau berkata, pelaburan KWSP berpandukan prinsip pelaburan jangka panjang dan perubahan sementara dalam pasaran tiada kesan ketara.
Pada 20 Feb lalu, ringgit jatuh 0.2% kepada 4.7965 berbanding dolar AS, mencapai paras paling lemah sejak paras terendah sepanjang masa 4.8850 pada 1998, semasa Krisis Kewangan Asia.
Prestasi lemah ringgit menyebabkan Bank Negara menyatakan mata wang itu kini dinilai rendah kerana asas dan prospek ekonomi negara masih positif.
Zulqarnain senada dengan BNM dan berkata KWSP membeli…