Hot FM

Ringgit meningkat paras tertinggi dalam hampir 11 bulan


Kapsyen: Ringgit ditutup di paras tertinggi dalam tempoh hampir 11 bulan pada RM4.58 berbanding dolar Amerika Syarikat hari ini.

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran meningkat dan ditutup di paras tertinggi dalam tempoh hampir 11 bulan pada RM4.58 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Penganalisis berkata prestasi itu didorong oleh keputusan Bank of Japan (BOJ) untuk menaikkan kadar faedah serta penurunan Kadar Dana Persekutuan oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) yang mungkin dilaksanakan pada September.

Pada 6 petang, ringgit melonjak 315 mata asas kepada 4.5885/5925 berbanding dolar AS daripada 4.6200/6235 ketika ditutup semalam.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan berkata tindakan BOJ itu menandakan keyakinan terhadap pemulihan ekonomi Jepun dan boleh menaikkan keyakinan pelabur terhadap mata wang negara Asia jika sentimen positif meluas ke pasaran global.

“Ini akan membawa kepada pengukuhan ringgit yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version