
KUALA LUMPUR: Ringgit terus merosot kepada paras terendah baharu dalam tempoh 24 tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sewaktu dibuka pada Rabu, seiring dengan harga minyak yang rendah berikutan ramai pelabur beralih kepada mata wang selamat.
Pada 9.05 pagi, mata wang tempatan menyusut kepada 4.5200/5220 berbanding dolar AS daripada 4.5070/5085 sewaktu ditutup semalam.
Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz berkata, data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS menunjukkan inflasi yang lebih tinggi daripada jangkaan pada 8.3% berbanding ramalan 8.1%.
“Bacaan yang lebih tinggi ini menyebabkan pelabur tertanya-tanya seberapa besar kenaikan kadar faedah yang boleh dilihat pada mesyuarat Rizab Persekutuan yang akan datang pada 21 Sept.
“Sebelum data IHP dikeluarkan, pasaran meramalkan kenaikan 0.5-0.75%. Bagaimanapun, kini banyak pihak telah…