Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Risiko hilang kepercayaan jika terus rebut penyelaras DUN, kata penganalisis

today6 June 2024

Background


ph-bn
Pakatan Harapan dan Barisan Nasional bekerjasama pada PRN yang menyaksikan mereka mempertahankan pentadbiran Selangor.

PETALING JAYA: Perebutan jawatan penyelaras DUN Hulu Bernam berisiko menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap parti kerajaan perpaduan Selangor, kata penganalisis.

Menurut Rusdi Omar dari Universiti Utara Malaysia (UUM), pertelingkahan membabitkan Amanah, Umno dan PKR boleh memberi gambaran yang komponen itu hanya mahu menjaga ‘periuk nasi’ berbanding bekerjasama erat membantu rakyat.

“Kena selesaikan secara baik dan dalaman…jangan fikirkan periuk nasi parti masing-masing sahaja sebaliknya fikirkan masa depan kerajaan perpaduan kalau mahu bertahan lama.

“Kita tengok ada yang hanya nak tunjuk belang masing-masing,” katanya kepada FMT sambil meramalkan kemelut itu akan merugikan Amanah kerana pengaruhnya tidak sekuat PKR dan Umno.

Isu itu tercetus selepas kerajaan negeri melantik Ketua Umno Hulu Selangor Mohd Isa Abu Kasim sebagai penyelaras DUN…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faiz Zainudin


Previous post

Sukan

Hatrik Oyarzabal bantu Sepanyol belasah Andorra

Badajoz, Sepanyol: Pemain tengah, Mikel Oyarzabal yang dimasukkan dari bangku simpanan menjaringkan hatrik pada separuh masa kedua untuk membantu Sepanyol meraih kemenangan 5-0 ke atas Andorra dalam perlawanan pemanas badan sebelum Euro 2024.

today6 June 2024