Hot FM

Risiko PKR ‘bungkus’ di Sabah, 15 ketua bahagian mahu jumpa Anwar


Seramai 15 ketua bahagian PKR Sabah bersiap sedia bertemu Presiden Anwar Ibrahim untuk memberi perincian alasan penolakan terhadap Ketua PKR negeri Sangkar Rasam.

PETALING JAYA: Risiko PKR “bungkus” pada PRN Sabah jika ketua negeri tidak ditukar antara alasan penolakan terhadap Sangkar Rasam, menurut seorang pemimpin tempatan.

Ketua bahagian yang enggan dikenali berkata, justeru 15 ketua bahagian Sabah berhasrat mengadakan pertemuan dengan Presiden Anwar Ibrahim, bagi memberi penjelasan terperinci alasan mahu Sangkar disingkirkan.

Katanya, mereka mahu berbuat demikian sebelum Majlis Pimpinan Pusat (MPP) mengadakan mesyuarat membincangkan kemelut politik Sabah, pada Ahad.

“Sebolehnya kami mahu jumpa presiden untuk menjelaskan secara terperinci kenapa perlu ganti Sangkar,” katanya kepada FMT.

Mengulas tindakan Sangkar menolak gesaan meletak jawatan, pemimpin itu berkata PKR berdepan risiko hilang dua kerusi tradisi, DUN Inanam dan Api-Api jika pucuk pimpinan utama tidak…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version