Pelakon popular, Rita Rudaini sekali lagi mencuri perhatian selepas berkongsi hantaran di ruangan Instagram Story miliknya baru-baru ini.
Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun aktres itu seakan meluahkan perasaannya mengenai apa yang dialami seorang wanita.
Katanya, seorang wanita yang menunjukkan rasa kurang senang atau mengambil tindakan mengamuk di media sosial bukanlah mahu dihakimi melainkan minta untuk difahami.
“Bila wanita mengamuk, jangan lawan tapi fahami.
“Seorang wanita yang sedang mengamuk bukanlah wanita yang ingin dimusuhi, tetapi jiwa yang sedang meminta untuk difahami.
“Dia tak gila, dia Luka. Ketika emosinya meledak, itu bukan kelemahan, tapi jeritan dari luka yang lama tidak dijaga. Di saat itu, bukan logik yang dia perlukan, tetapi kehadiran,” katanya.
Dalam hantaran sama juga, Rita menjelaskan lelaki yang tenang merupakan ‘ubat’ kepada rasa amarah golongan wanita.
“Lelaki yang tidak react dengan ego, tetapi respon dengan jiwa yang tenang. Lelaki yang menjadi pelabuhan bagi badai untuk kembali tenang. Kerana dalam tenangnya seorang lelaki, ada ubat yang menyembuhkan.
“Dan dalam diamnya, ada kasih sayang yang menghidupkan.
“Maka jadilah tempat dia kembali pulang, bukan tempat dia lari ketakutan,” jelasnya.
Terdahulu, ramai dalam kalangan rakan selebriti terlibat dengan isu rumah tangga sehinggakan isu tersebut tular di media sosial dan menyorot perhatian orang ramai.
ARTIKEL BERKAITAN:“Jangan Ajar Aku Tentang Sabar, Kamu Tahu Rasanya Dib*nuh Tapi Tak Mat*”- Abby Abadi
ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] 17 Tahun Menyimpan Duka, Abby Abadi Tersentuh Hati Dengar Permohonan Maaf Norman Hakim – “Saya Hanya Kecewa Sebab…”
ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Ada Sebab Berbaik, Tiada Keperluan” – Abby Abadi ‘Frust’, Norman Hakim Jumpa Anak Macam Orang Luar
ARTIKEL BERKAITAN: “Dia P*kul Saya Sampai Berdarah, Separuh M*ti!” – Abby Abadi Dakwa Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga Dengan Norman Hakim?