Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Rita Rudaini Kesal Ada Yang Ambil Kesempatan Terhadap Niat Murni

today10 September 2024

Background

Pelakon, Rita Rudaini meluahkan rasa kesal apabila ada individu yang mengambil kesempatan terhadap niat murninya yang ikhlas menghulurkan bantuan.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Rita berkata dia gemar memberi bantuan namun sering juga simpati terhadap orang lain.

“Suka sangat bantu orang. Last-last terkena. Padan muka aku suka sangat kesian orang.

“Ambik kesempatan macam tak tahu dosa pahala atau macam biasa. Aku tak pernah serik dan tak pernah tolak untuk bantu orang,” katanya.

Bagaimanapun, Rita seakan sudah serik dan terkesan dan hanya mahu memberi tumpuan kepada dirinya sahaja.

“Cukuplah, baik tolong diri sendiri,” tulisnya.

Sebelum ini, Rita meluahkan rasa berang apabila tajuk berita melaporkan Airit Rayyan yang bersaing dalam acara 100 meter kategori L4 di Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Selangor (MSSS) 2024 dikaitkan dengan Zafuan.

Menerusi status di Instagram Story, Rita kesal apabila anak yang dijaga sejak kecil tanpa bantuan mana-mana pihak termasuklah bekas suaminya mendapat gelaran ‘anak lagenda JDT’.

Artikel Berkaitan: “Mati Nanti Berbintikan Nama Mak, Ini Fakta!” – Rita Rudaini Besarkan Anak Seorang Diri Sejak 15 Tahun Lalu

Written by: Aqilah


Previous post