
PETALING JAYA: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan memanggil ‘Raja Bomoh’ atau nama sebenarnya, Ibrahim Mat Zin selepas lelaki itu dilapor melakukan satu ritual di lokasi seorang wanita hilang akibat kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar berkata tindakan Ibrahim itu menimbulkan kegelisahan awam dan salah faham terhadap agama Islam dalam kalangan masyarakat.
“Saya telah minta Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk memanggil penama (Ibrahim) dalam masa terdekat,” katanya kepada FMT.
Katanya, Ibrahim masih di bawah pengawasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengikut Seksyen 129 Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 berikutan amalan ritual yang pernah…