Hot FM

Ritual di tanah jerlus, Pejabat Mufti WP panggil ‘Raja Bomoh’, kata menteri agama


Ibrahim Mat Zin atau dikenali sebagai ‘Raja Bomoh’ dilihat melakukan satu ritual berhampiran tanah jerlus di Masjid India semalam, lokasi seorang wanita hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter.

PETALING JAYA: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan memanggil ‘Raja Bomoh’ atau nama sebenarnya, Ibrahim Mat Zin selepas lelaki itu dilapor melakukan satu ritual di lokasi seorang wanita hilang akibat kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar berkata tindakan Ibrahim itu menimbulkan kegelisahan awam dan salah faham terhadap agama Islam dalam kalangan masyarakat.

“Saya telah minta Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk memanggil penama (Ibrahim) dalam masa terdekat,” katanya kepada FMT.

Katanya, Ibrahim masih di bawah pengawasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengikut Seksyen 129 Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 berikutan amalan ritual yang pernah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version