Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Riz Amin Belum Terfikir Tinggalkan Dunia Lakonan

today18 May 2024

Background

Pelakon Riz Amin tidak pernah terdetik untuk meninggalkan dunia lakonan biarpun sudah lima tahun bergiat aktif dalam bisnes.

Melibatkan diri dengan jenama terkenal dalam industri kesihatan, AG Nutrition, Riz kini menggalas tugas sebagai Pengarah Global dan selesa membahagikan masa antara dua bidang.

β€œSaya tak pernah terfikir meninggalkan dunia lakonan. Berada dalam bidang seni merupakan β€˜passion’ saya dan ia sudah menjadi darah daging.

β€œSudah 20 tahun terlibat dalam industri ini sejak muncul dalam Hero Remaja pada 2004, saya juga yakin kerjaya sebagai pelakon membantu saya memperkenalkan diri dalam bisnes ini. Syukur sanga-sangat kerana apa yang saya usahakan membuahkan hasil, lebih-lebih lagi kita menjual produk yang baik untuk orang ramai,” katanya.

Ketika ditanya adakah dia kini bergelar jutawan kerana kejayaan dalam bisnes AG Nutrition, Riz mempunyai jawapan sendiri.

β€œAllahuakbar, Amin… Doa-doakan. Sebenarnya, dalam perniagaan ini, untuk bergelar β€˜Global Director’, kena mempunyai β€˜income’ yang spesifik. Jadi Alhamdulillah selepas lima tahun bersama mereka, ia mampu mengubah hidup saya. Syukur atas rezeki Allah berikan ini.

β€œMenuju proses untuk berada pada tahap sekarang, banyak yang kena saya belajar. Kalau anda nak berjaya, nak bergelar jutawan misalnya anda kena rajinlah. Kalau nak mengharapkan satu kerja saja pun tak boleh juga,” katanya.

Riz berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-5 & Pelancaran Produk AG Leanz di Shah Alam, baru-baru ini.

Terdahulu AG Leans menerusi AG Nutrition ialah produk terbaharu yang memberi fokus terhadap penjagaan dan pengurusan berat badan.

β€œDengan slogan Define Your Body, Define Your Destiny, AG Leanz bersedia untuk mengubah lanskap pengurusan berat badan denagn formula terkini untuk membantu orang ramai dalam menuju perjalanan ke arah gaya hidup sihat.

β€œIa diformulasi dengan gabungan unik bahan semula jadi yang setiap satunya dipilih dengan cermat untuk membantu menyokong penurunan berat badan selain mampu menambah baik tahap kesihatan secara keseluruhan,” kata Hafiz Salleh dan Faiz Salleh selaku Ketua Pegawai Operasi Nutrition International.

Acara tersebut turut dihadiri Pengerusi AG Nutrition International, Datuk Iskandar Halim dan Penasihat Korporat AG Nutrition International, Datuk Zaliha Abdul. Majlis turut dihadiri oleh rakan artis, Rozita Che Wan dan suaminya Zain Saidin.

Dalam perkembangan lain, AG Nutrition kini dalam perancangan untuk mengembangkan legasinya ke negara buat apabila bakal membuka cawangannya di Indonesia.

Written by: Salma


Previous post