Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Riza, Jho Low sahabat baik, kata Jasmine Loo

today25 October 2024

Background


Jasmine Loo berkata dia bertemu beberapa kali dengan Riza Aziz ketika mengembara bersama Jho Low.

KUALA LUMPUR: Seorang saksi berkata, ahli perniagaan dalam buruan Jho Low dan anak tiri Najib Razak, Riza Aziz, bersahabat baik, menurut pemerhatiannya ketika lawatan ski ke Kanada.

Bekas peguam am 1MDB Jasmine Loo, 51, memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, dia pertama kali bertemu Riza bersama Low dan keluarganya di Whistler, Kanada, pada akhir Disember 2012 atau awal Januari 2013.

Dalam pernyataan saksinya, Loo berkata, dia menyertai 1MDB pada Mei 2011 dan meninggalkannya pada November 2013.

“Selepas saya meninggalkan 1MDB, saya bertemu dan berkenalan dengannya (Riza) ketika saya mengembara bersama Low,” katanya menambah, mereka hanya kenalan.

Loo berkata demikian ketika memberi keterangan dalam saman oleh 1MDB dan anak syarikatnya – 1MDB Energy Holdings Ltd, 1MDB Energy Ltd dan 1MDB Energy (Langat) Ltd – terhadap Riza kerana menyeleweng dana berjumlah USD148 juta.

Saman itu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: V Anbalagan


Previous post