
KUALA LUMPUR: Rizal Mansor memberikan gambaran yang salah kepada penjawat awam dan agensi kerajaan lain kerana mendakwa dirinya adalah Pegawai Khas kepada Rosmah Mansor, Mahkamah Tinggi diberitahu.
Bekas Pegawai Khas kepada Najib Razak, Siti Azizah Sheikh Abod, berkata “perlakuan penipuan” oleh Rizal itu memberikan gambaran yang salah kepada pihak ketiga dan telah merumitkan keadaan.
“Beliau menyalahgunakan kuasa dan memburukkan imej Bahagian First Lady Of Malaysia (FLOM) dalam Jabatan Perdana Menteri (JPM),” katanya dalam keterangan saksi perbicaraan kes rasuah Rosmah berkaitan projek tenaga solar sekolah di Sarawak.
Siti, saksi pembelaan kedua yang dipanggil pada Jumaat, hanya membacakan 13 daripada 60 muka surat keterangan saksi sebelum prosiding ditangguhkan.
Hakim perbicaraan Mohamed…