Bekas pereka fesyen terkemuka, Datuk Haji Rizalman Haji Ibrahim telah dilantik sebagai Profesior Adjung Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Berita gembira tersebut dikongsikan oleh beliau menerusi satu kenyataan media di Instgaram miliknya, pada petang Rabu.
Dalam kenyataan tersebut, difahamkan pelantikan tersebut mula berkuat kuasa pada 23 Oktober 2024 untuk tempoh tiga tahun.
Terdahulu, Rizalman dilantik sebagai Prof Adjung Fakulti Akademi Kontemporari Islam (AICS), Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 13 Ogos 2023 hingga 30 Julai 2025.
Sebelum itu, selebriti berusia 53 tahun itu juga pernah dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah UiTM selama tiga tahun.