
PETALING JAYA: Adun Sungai Air Tawar Rizam Ismail dari Barisan Nasional (BN) dijangka mengangkat sumpah sebagai exco Selangor, menyaksikan parti itu kembali menjadi sebahagian kerajaan sejak kalah PRU 2008.
Sumber berkata ketua Umno Sabak itu telah menerima jemputan bagi menghadiri istiadat angkat sumpah jawatan dan ikrar aku janji exco negeri di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 2 petang esok di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
“Umno dapat satu kerusi exco dalam kerajaan Selangor, ia atas semangat perpaduan untuk menjadi sebahagian kerajaan,” katanya kepada FMT.
Pada PRN 12 Ogos lalu, Rizam mempertahankan kerusi DUN Sungai Air Tawar menewaskan Zaidi Selamat dari Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti 846 undi.
Sumber itu berkata, antara muka baharu lain bakal dilantik exco termasuk Adun Kota Anggerik Najwan Halimi dan…