
Pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin mengumumkan dia dan isteri bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.
Berita gembira itu dikongsikan menerusi laman Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Rizman turut memohon agar peminat terus mendoakan agar puteri sulung yang bakal dilahirkan kelak itu sempurna sifatnya dan dapat membawa kebaikan buatnya dan isteri, Nurida Suraya.
Imbas kembali, Rizman mengumumkan isterinya hamil empat bulan sekitar awal Mac lalu.