

Peruntukan RM1 bilion bagi meningkatkan kecekapan digital sektor kesihatan awam perlu disokong infrastruktur mencukupi dan sistem keselamatan siber yang kukuh bagi memastikan pelaksanaan Rekod Perubatan Elektronik (EMR) berjalan lancar, kata Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).
Presidennya Dr Thirunavukarasu Rajoo berkata pelaburan itu tidak boleh dilihat sebagai projek teknologi maklumat semata-mata kerana banyak fasiliti kesihatan sedia ada turut memerlukan penambahbaikan.
Katanya, peruntukan berkenaan perlu merangkumi perkakasan, kesalinghubungan dan infrastruktur sokongan yang diperlukan bagi memastikan sistem dapat berfungsi dengan baik.
“Keselamatan siber, penyelenggaraan, naik taraf pada masa hadapan serta peruntukan operasi yang mencukupi perlu dirancang sejak awal,” katanya dalam kenyataan.
Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan…