
KOTA MARUDU: Kerajaan Persekutuan akan menyalurkan RM108.51 juta kepada Sabah bagi membantu negeri itu yang terjejas banjir baru-baru ini.
Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM90.86 juta diperuntuk bagi membaik pulih infrastruktur awam yang rosak akibat banjir termasuk jalan raya dan jambatan yang menghubungkan penduduk Sabah.
“Sekarang, kita baru dapat senarai ini (kerosakan infrastruktur awam) dan senarai ini akan disemak oleh Jabatan Kerja Raya serta pihak berkaitan. Arahan saya ialah perlu disegerakan semua bukan sahaja pemberian Bantuan Wang Ihsan (BWI) tetapi infrastruktur juga perlu disegerakan.
“Mereka yang terlibat dengan banjir mengalami kesusahan dan kita tak mahu menambah kesusahan mereka apabila infrastruktur di kawasan…