Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, ia bagi mengurangkan kesesakan dan waktu menunggu pesakit di hospital kerajaan.

PETALING JAYA: Kerajaan memperkenalkan Skim Perubatan Madani dengan peruntukan RM120 juta khusus bagi golongan miskin mendapatkan rawatan kesihatan di klinik swasta, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.
Katanya, skim itu adalah projek rintis untuk mengurangkan kesesakan dan waktu menunggu pesakit di hospital kerajaan.
Beliau berkata, skim itu merupakan kemudahan “kredit” untuk golongan B40 menemui pegawai perubatan am di klinik swasta tanpa perlu ke Jabatan Kecemasan hospital kerajaan.
“Ia termasuk mengoptimumkan penyumberluaran pesakit dari hospital sesak kepada hospital lain, termasuk hospital universiti, hospital tentera dan hospital swasta,” katanya menurut Bernama.
Skim itu termasuk…