Hot FM

RM16 bilion peruntukan keseluruhan Sabah, kata PM


Perdana Menteri Anwar Ibrahim berucap pada Konvensyen Keadilan Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah hari ini. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini menjelaskan, RM16 billion diumumkannya untuk Sabah pada Pesta Kaamatan 31 Mei lepas ialah peruntukan keseluruhan untuk negeri itu bagi tahun ini, bukan hanya untuk pembangunan sahaja.

Beliau berkata, jumlah itu adalah untuk perbelanjaan pelbagai perkara, antaranya pendidikan dan perlindungan sempadan demi keselamatan rakyat dan pembangunan negeri.

Justeru, katanya, dakwaan kononnya beliau menipu tentang peruntukan itu tidak benar sama sekali.

“Tidak hanya RM6.6 billion sahaja (peruntukan untuk Sabah seperti didakwa), kerana RM6.6 billion itu hanya peruntukan pembangunan …siapa nak bayar guru, siapa nak baiki jalan dan jaga sempadan … itu semua termasuk dalam RM16 billion. Ada yang kata letak (nombor) satu di depan jadilah RM16 billion, jangan begitu,” katanya.

Sehubungan itu, beliau…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version