Secara keseluruhan KDN diperuntukkan RM19,066,051,500 terdiri RM13,986,823,700 bagi perbelanjaan mengurus dan RM5,079,227,800 perbelanjaan pembangunan.

PETALING JAYA: Saifuddin Nasution Ismail berkata peruntukan lebih RM19 bilion untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam Belanjawan 2024 memperlihatkan keseriusan kerajaan memastikan agensi penguatkuasaan terus memperhebatkan tindakan dalam memelihara kesejahteraan rakyat.
Menteri dalam negeri berkata, peruntukan itu yang meningkat lebih RM500 juta membolehkan pelbagai usaha dilaksanakan bagi menangani ketirisan hasil dan penyeludupan, selain operasi bersepadu Jabatan Imigresen (JIM), polis dan agensi penguatkuasaan lain ditingkatkan.
Katanya, KDN amat berbesar hati atas perhatian dan peruntukan diberikan kerajaan selaras peranan besarnya memastikan kedaulatan negara sentiasa…