Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

RM2.5 juta pampasan kesan sampingan vaksin Covid-19

today7 June 2023

Background


Kementerian Kesihatan menerima 318 permohonan untuk pampasan itu di mana 138 daripadanya ditolak.

Daripada 72.6 juta dos vaksin yang diberikan di seluruh negara, Kementerian Kesihatan hanya menerima menerima 26,716 laporan kesan advers berikutan pelalian (AEFI).

PETALING JAYA: Kerajaan membayar lebih RM2.5 juta pampasan kepada 150 pemohon yang mengalami kesan sampingan serius selepas menerima suntikan vaksin Covid-19.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata kementerian menerima 318 permohonan di bawah skim yang menyediakan bantuan kewangan khas kepada mereka yang mengalami kesan advers berikutan pelalian (AEFI).

“Daripada 318, sebanyak 150 permohonan diluluskan membabitkan bayaran RM2.55 juta,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen.

Zaliha menjawab soalan Teresa Kok (PH-Seputeh) mengenai jumlah laporan AEFI yang diterima kementerian dan jumlah pampasan kepada pengadu setakat ini.

Daripada 72.6 juta dos vaksin yang diberikan di seluruh negara, kata Zaliha, kementerian…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post