
PETALING JAYA: Sebanyak RM2.6 bilion nilai kontrak telah diberikan kepada kontraktor, perunding, dan pembekal Bumiputera bagi projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) setakat 30 Nov 2023.
Penjelasan itu dibuat Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) susulan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) mempersoal data berkaitan pembabitan kontraktor Bumiputera dalam projek ECRL, sambil mendakwa kumpulan itu terpinggir dan sukar mendapat projek kerana kekangan syarat begitu ketat dan harga tawaran rendah.
“Kami ingin memperjelaskan bahawa nilai kontrak yang telah dianugerahkan kepada pihak kontraktor, perunding, dan pembekal Bumiputera setakat 30 Nov 2023 adalah sebanyak RM2.66 bilion atau 76.07% dari sasaran RM3.50 bilion.
“Dari jumlah nilai RM2.66 bilion tersebut, sebanyak RM1.69 bilion telah dianugerahkan kepada syarikat kontraktor Bumiputera, RM0.28…
