Kajian penggunaan sistem itu akan dilaksanakan tahun depan, sebelum penggunaan sepenuhnya pada 2025.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan RM3.46 bilion bagi pelaksanaan Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) untuk sistem kutipan tol menjelang 2025 dalam usaha mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di lebuh raya, terutama di plaza tol.
Timbalan Menterinya, Abdul Rahman Mohamad berkata, kerajaan komited menambah baik mutu pengurusan lebuh raya, terutama dari segi sistem kutipan tol supaya pengguna tidak perlu bersesak semasa membuat pembayaran.
“Kerajaan sedang berusaha memastikan sistem MLFF dapat dilaksana, bermula dengan kajian penggunaan pada 2024 sebelum penggunaan sepenuhnya pada 2025 untuk mengelakkan penggunaan palang,” katanya ketika menggulung Rang Undang-undang…