Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

RM316 juta untuk projek atasi banjir pantai di Sarawak lindungi 45,000 penduduk

today27 July 2024

Background


Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata, projek itu turut memanfaatkan 6,000ha kawasan agrikultur dan 300ha kawasan industri. (Gambar Bernama)

MIRI: Projek Mengatasi Banjir Pantai Negeri Sarawak yang diluluskan dengan peruntukan RM316 juta dijangka dapat melindungi kira-kira 45,000 penduduk di pesisir pantai daripada kejadian banjir dan hakisan pantai.

Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata, projek itu turut memanfaatkan 6,000ha kawasan agrikultur dan 300ha kawasan industri.

“Penetapan pakej projek mengikut lokasi akan ditentukan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak sebelum proses perolehan dimulakan dan dijangka mula dilaksanakan pada 2025 yang melibatkan pelaksanaan kerja-kerja perlindungan di persisiran pantai sepanjang 40km,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa Lawatan Projek Persekutuan dan Majlis Penyerahan Projek-Projek Siap JPS kepada Kerajaan Sarawak di Lutong hari ini.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post