
PETALING JAYA: Kos melaksanakan program komunikasi komuniti Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) tahun lepas kira-kira RM5.5 juta, Dewan Rakyat dimaklumkan.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memaklumkan perkara itu dalam jawaban bertulis di laman sesawang Parlimen.
“Kos pelaksanaan bagi 144 program komunikasi komuniti J-Kom di seluruh negara pada 2023 adalah sebanyak RM5,551,278.23,” katanya, menjawab Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) yang ingin tahu tentang aktiviti J-Kom pada 2023 dan kosnya.
Menjawab pertanyaan berkaitan jumlah lantikan politik di J-Kom dan proses berkaitan, Fahmi memaklumkan keseluruhan perjawatan tetap di J-Kom adalah sebanyak 155 perjawatan.
“Manakala perjawatan kontrak terbahagi kepada dua iaitu pelantikan secara kontrak sebanyak 307 jawatan dan pelantikan secara kontrak perkhidmatan sebanyak tiga jawatan,”…