Hot FM

RM82.1 bilion dagangan dengan rakan utama selesai guna mata wang tempatan, kata MoF


dollar ringgit
Kementerian Kewangan berkata kerajaan dan BNM galak guna mata wang tempatan untuk perdagangan rentas sempadan bagi kurang kebergantungan kepada dolar AS dan risiko kadar pertukaran. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Transaksi perdagangan dan pembayaran pelaburan rentas sempadan antara Malaysia dengan China, Thailand dan Indonesia dalam mata wang tempatan mencatat pertumbuhan ketara sejak 16 tahun lalu, kata Kementerian Kewangan (MoF).

Setakat November 2025, sejumlah RM82.1 bilion diselesaikan dalam mata wang tempatan, merangkumi RM62.6 bilion dengan China, RM10 bilion dengan Thailand dan RM9.5 bilion dengan Indonesia.

Sebagai perbandingan, hanya RM3.6 bilion diselesaikan pada 2009: RM0.5 bilion dengan China, RM1.9 bilion dengan Thailand serta RM1.2 bilion dengan Indonesia.

Statistik itu didedahkan dalam jawapan bertulis Parlimen kepada Lim Guan Eng (PH-Bagan) berhubung usaha mewujudkan alternatif kepada sistem perbankan antarabangsa SWIFT dan senarai negara membenarkan penyelesaian…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version