
KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Rodziah Ismail mengumumkan akan bertanding merebut jawatan ketua Wanita PKR pada pemilihan parti, Mei ini.
“Bersandarkan komitmen dan pengalaman lebih 20 tahun memberdayakan wanita, saya optimis bersama dukungan baharu yang dibentuk mampu membangkitkan daya perjuangan dan persaingan wanita Keadilan demi memperkukuh agenda perubahan di peringkat nasional,” katanya ketika berucap dalam program berbuka puasa dan Hari Wanita di Parlimen Ampang.
Ahli Parlimen Ampang itu turut meluahkan keyakinan tidak timbul soal isu pepecahan dalam pertandingan ‘adik-beradik’.
“Tak timbul masalah pecah atau tidak sebab kita masih dalam parti yang sama. Biasalah bila bersaing semasa pemilihan orang akan nampak seolah-olah kita berpecah, tapi sebenarnya kita ada visi dan misi yang berlainan,” katanya.
Sebaliknya Rodziah…