Site icon Hot FM

Rogol, liwat anak, buruh dipenjara 32 tahun


Court of Appeal
Mahkamah menolak rayuan lelaki itu atas tuduhan merogol dan meliwat anak perempuannya yang ketika itu berusia 15 tahun pada 2019.

PUTRAJAYA: Seorang buruh diperintahkan oleh Mahkamah Rayuan untuk menjalani hukuman penjara 32 tahun dan 22 sebatan kerana merogol dan meliwat anak perempuannya yang di bawah umur, lima tahun lepas.

Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim, Azman Abdullah dan Azmi Ariffin menolak rayuan lelaki berusia 51 tahun itu untuk membatalkan sabitan dan hukuman penjara atas satu pertuduhan rogol dan satu pertuduhan liwat.

Ketika menolak rayuan lelaki itu, Zaidi berkata Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi mencapai dapatan sama dan mangsa merupakan seorang saksi yang boleh dipercayai serta keterangannya disokong bukti perubatan.

Dalam penghakiman berbeza, mahkamah membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengembalikan sabitan bagi satu lagi pertuduhan rogol sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang melepaskan dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version