
PETALING JAYA: Pengusaha agensi pelancongan menggesa Putrajaya merombak sistem kemasukan warga asing bagi mengelakkan salah guna visa pelancongan sehingga berlaku counter setting’ di pintu masuk udara.
Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) Mohd Khalid Harun berkata perubahan itu membabitkan agensi terbabit menguruskan kemasukan warga asing dan pengenalan sistem yang lebih canggih.
Mohd Khalid mencadangkan supaya sistem baharu itu mampu mengenal pasti mereka yang telah tamat visa dan maklumat itu terus dipaparkan di pelbagai medium untuk tindakan susulan.
“Ini dapat memudahkan proses menjejak dan menangkap selain mengambil tindakan termasuk terhadap agensi pelancongan terlibat,” katanya kepada FMT.
Terdahulu, SPRM mendedahkan penggunaan visa pelancong dalam kalangan warga asing antara punca…