
PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik membantah cadangan merombak Kabinet kerana ia mungkin dianggap isyarat ada pihak sedang mencari kambing hitam atas prestasi lemah gabungan persekutuan dalam PRN minggu lalu.
Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah berkata, rombakan Kabinet ketika ini tidak akan membantu Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memenangi sokongan pengundi Melayu yang hilang dalam PRN enam negeri.
“Bahkan ia mungkin mencetuskan ketidakharmonian dalam kalangan parti komponen kerajaan perpaduan apabila membabitkan siapa atau kementerian mana perlu digantikan,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata, Anwar akan berdepan masalah baharu selepas itu.
PRN enam negeri minggu lalu menyaksikan Perikatan Nasional mencapai prestasi baik di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, sambil mengekalkan kuasa di Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Lee berkata, kerajaan perpaduan perlu fokus untuk mengekalkan semak…
