Seorang lagi rakan mereka mengaku tidak bersalah di mahkamah berasingan kerana menyimpan harta curi milik mangsa berusia 72 tahun.

IPOH: Dua lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan merompak warga emas di sebuah rumah di Bercham, bulan lalu.
M Hari Chandran, 41, dan Lawrence Anthony Das, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad dan memohon kes dibicarakan.
Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa melakukan rompakan berkumpulan terhadap Chan Liew Chan, 72, di No 50, Tasek Timur, Taman Ria pada 3 pagi, 24 Mei lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dan sebatan.
Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Nazreen Zabarudin mencadangkan…