
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Rosmah Mansor menangguhkan prosiding saman difailkan terhadapnya oleh syarikat barang kemas Lubnan, Global Royalty Trading SAL, berhubung kehilangan lebih 40 barang kemas.
Peguamnya, Rajivan Nambiar berkata, Hakim Ong Chee Kwan menolak permohonan Rosmah dengan kos RM5,000.
Katanya, permohonan yang difailkan pada 7 Jun lepas itu adalah untuk menangguhkan prosiding saman sementara menunggu keputusan rayuan Rosmah di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk memasukkan kerajaan dan polis sebagai pihak ketiga dalam kes itu.
“Alasannya adalah sekiranya prosiding di hadapan Mahkamah Tinggi diteruskan, ia tidak sepatutnya menjejaskan prosiding pihak ketiga sekiranya Rosmah berjaya dalam…