Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Rosmah mohon batal tuduhan ubah wang haram, elak cukai

today7 September 2023

Background


Rosmah Mansor dibicarakan atas 12 tuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM7.09 juta dan lima tuduhan gagal mengisytihar pendapatannya kepada LHDN.

KUALA LUMPUR: Rosmah Mansor mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan 17 tuduhan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai yang dikenakan terhadap beliau.

Isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu berkata tuduhan tersebut cacat dan beliau sepatutnya dilepas dan dibebaskan daripada dakwaan tersebut.

Peguam Rajivan Nambiar berkata permohonan itu dikemukakan semalam. Salinan surat itu sudah diserahkan kepada pihak pendakwaan.

Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn mengesahkan perkara tersebut.

Semasa pengurusan kes hari ini, Hakim K Muniandy menetapkan 13 Disember untuk mendengar permohonan itu.

Dalam afidavit sebagai sokongan kepada permohonan tersebut, Rosmah berkata beliau mendapat nasihat daripada peguamnya bahawa 17 tuduhan terhadapnya itu adalah tidak berasas, cacat, dan tidak mendedahkan sebarang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: V Anbalagan


Previous post