Rayuan itu ditarik balik selepas Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan kini menjadi hakim Mahkamah Rayuan.

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan membatalkan rayuan Rosmah Mansor supaya hakim Mahkamah Tinggi yang dijadual mendengar kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukainya menarik diri.
Pada 1 Mac lalu, pasukan pembelaan rosmah membatalkan rayuan itu dengan memfailkan notis untuk tidak meneruskan prosedur.
Rayuan itu dijadual didengar pada 17 Mac ini.
Dalam surat bertarikh 2 Mac, Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Noor Firdaus Rosli memberitahu Tetuan Geethan Ram yang mewakili Rosmah bahawa rayuan itu dikira terbatal menurut Peraturan 73 Kaedah-kaedah Mahkamah Rayuan 1994.
Peguam Rosmah Geethan Ram Vincent dan Timbalan Pendakwa Raya Poh Yin Tinn mengesahkan perkara itu.
Mahkamah Rayuan dijadual mendengar sama ada ia mempunyai…