Site icon Hot FM

Rosmah tarik balik rayuan singkir hakim


Rayuan itu ditarik balik selepas Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan kini menjadi hakim Mahkamah Rayuan.

Rosmah Mansor berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram dan lima pertuduhan gagal mengisytihar pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan membatalkan rayuan Rosmah Mansor supaya hakim Mahkamah Tinggi yang dijadual mendengar kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukainya menarik diri.

Pada 1 Mac lalu, pasukan pembelaan rosmah membatalkan rayuan itu dengan memfailkan notis untuk tidak meneruskan prosedur.

Rayuan itu dijadual didengar pada 17 Mac ini.

Dalam surat bertarikh 2 Mac, Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Noor Firdaus Rosli memberitahu Tetuan Geethan Ram yang mewakili Rosmah bahawa rayuan itu dikira terbatal menurut Peraturan 73 Kaedah-kaedah Mahkamah Rayuan 1994.

Peguam Rosmah Geethan Ram Vincent dan Timbalan Pendakwa Raya Poh Yin Tinn mengesahkan perkara itu.

Mahkamah Rayuan dijadual mendengar sama ada ia mempunyai…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version