Hot FM

Rosmah tiba di Mahkamah Tinggi untuk keputusan kes rasuah projek solar



Rosmah Mansor tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 8.54 pagi.

KUALA LUMPUR: Rosmah Mansor tiba di Mahkamah Tinggi di sini, di mana beliau akan mengetahui nasibnya sama ada dibebaskan atau disabitkan bersalah atas tiga tuduhan rasuah berhubung projek solar sekolah luar bandar di Sarawak yang bernilai RM1.25 bilion.

Isteri bekas perdana menteri, Najib Razak itu tiba pada 8.54 pagi.

Rosmah, 70, didakwa meminta RM187.5 juta daripada bekas pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin, melalui bekas pembantunya Rizal Mansor, sebagai dorongan untuk membantu syarikat itu mendapatkan projek solar berkenaan.

Beliau turut didakwa menerima rasuah berjumlah RM5 juta daripada Saidi, melalui Rizal di Seri Perdana, Putrajaya pada 20 Dis 2016.

Beliau dikatakan menerima RM1.5 juta lagi daripada Saidi di Jalan Langgak Duta pada 7 Sept 2017.

Kes Rosmah bermula pada 5 Feb 2020 dan hakim Zaini Mazlan memerintahnya membela diri pada 18 Feb 2021. Pihak…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version