

Radio Televisyen Malaysia (RTM) memperkukuh infrastruktur keselamatan digital pelbagai lapisan bagi melindungi hak siaran eksklusif Piala Dunia FIFA 2026 dan pelaburan industri kreatif negara.
Jabatan Penyiaran memaklumkan langkah itu diambil susulan laporan berkaitan akses siaran Piala Dunia FIFA 2026 melalui penggunaan aplikasi Rangkaian Persendirian Maya (VPN) dari luar negara menerusi RTMKlik.
“Pemantauan serta penambahbaikan teknikal turut dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan kestabilan platform dan pengalaman tontonan yang optimum,” katanya dalam kenyataan.
Menurut jabatan itu, RTM sebagai pemegang hak siaran Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia komited memastikan perkhidmatan berkenaan dapat dinikmati dengan lancar…