
Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Unifi TV akan menjadi penyiar rasmi Piala Dunia Fifa 2026 di Malaysia.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, siaran kejohanan itu akan disediakan melalui pelbagai platform, termasuk siaran percuma (‘free-to-air’) menerusi MyTV, selain platform penstriman OTT melalui RTM Klik dan Unifi TV.
Menurutnya, Unifi TV akan menyiarkan semua perlawanan secara langsung, manakala RTM pula akan menyiarkan sebahagian besar perlawanan sama ada secara langsung atau tertunda.
“Ini memberikan kepelbagaian pilihan tontonan kepada peminat bola sepak di Malaysia,” kata jurucakap kerajaan perpaduan itu pada sidang media mingguan selepas mesyuarat Jemaah Menteri.
“Kerajaan Madani komited memastikan seluruh rakyat Malaysia dapat menikmati Piala Dunia Fifa 2026 secara inklusif, sah dan…