Baru-baru ini pelakon, Ruhainies telah mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen selepas memuat naik sebuah video seolah-olah dirinya sudah dilamar seseorang dan bakal berkahwin tidak lama lagi.
https://www.instagram.com/p/BpKU0eoBftQ/?taken-by=ruhainies7
Selepas berdiam diri dan enggan memberi sebarang kenyataan mengenai video tersebut, Ruhainies akhirnya tampil memberitahu hatinya kini sudah dimiliki oleh seorang ahli perniagaan yang menetap di London dikenali sebagai MR. E!
Wah, tahniah Ruhainies! Patutlah semakin hari semakin cantik je. Rupa-rupanya hati sedang berbunga-bunga ya?
Dalam pada itu, Ruhainies turut menjelaskan klip video viral itu sebenarnya adalah sebagai projek terbaru Ruhainies dan kekasihnya yang bakal mengeluarkan produk baru, apabila Ruhainies menjadi duta produk kekasihnya.
Selain itu, sebentuk cincin yang diterimanya itu juga adalah sekadar untuk mengesahkan hubungan cinta mereka dan sebagai petanda dirinya kini sudah dimiliki.
Menyentuh soal perkahwinan, Ruhainies memaklumkan masih terlalu awal untuk difikirkan memandangkan dia baru lima bulan lebih menjalin cinta jarak jauh dengan jejaka tersebut.
Apa pun, semoga Ruhainies bahagia selalu dan cepat-cepat naik pelamin ya!