Imbas untuk muat turun aplikasi

Uncategorized

Ruhainies Sambut Birthday Dengan Adakan Doa Selamat, Jemput Anak-Anak Tahfiz

today21 July 2024

Background

Aktres sensasi, Ruhainies mengadakan majlis doa selamat yang diadakan malam tadi bersempena dengan hari kelahirannya tidak lama lagi.

Bakal memasuki usia ke-32 tahun pada 27 Julai ini, Ruhainies turut mengundang anak-anak tahfiz untuk meraikan hari istimewanya.

Anggun mengenakan jubah berwarna merah jambu yang dipadankan dengan selendang, majlis terbabit turut diraikan oleh peminat, teman rapat dan keluarga Ruhainies.

Pelakon drama bersiri Sayang Tak Dikenang itu berkongsi bingkisan majlis doa selamat terbabit di ruangan Instagram Stories.

Sebelum ini, media melaporkan Ruhainies bersyukur apabila pernah menerima lebih 20 kek bersempena hari kelahirannya.

Ruhainies juga tidak kisah apabila pernah mendapat gelaran ‘Queen of Birthday’ yang diberikan warganet susulan kerap berkongsi majlis sambutan hari lahir di akaun media sosial miliknya.

Written by: Salma


Previous post